Wednesday, March 25, 2009

SELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W talah bersabda bahawa Malaikat Jibril A.S,Mikail A.S, Israfil A.S, dan Izrail A.S telah berkata kepadaku."

Berkata Jibril A.S:
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10x maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqim seperti kilat yang menyambar,"

Berkata pula Mikail A.S:
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S:
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail A.S pula berkata,,"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para Nabi-Nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W
Dengan kisah yang dikemukakan ini, mudah-mudahan kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan ALLAH S.W.T, Rasul dan para malaikat. Insya Allah...

Sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama-sama

0 comments: